Isnin, 1 Jun 2009

SEDIKIT RENUNGAN....

Kepada ahli-ahli PAS Kawasan Raub, perjuangan bukan sekadar mencerca dan memaki hamun pihak lawan. Sebaik-baik tindakan ialah mendekati masyarakat dan mengadakan aktiviti kemasyarakatan. Blogmaster PAS Kawasan Raub melihat amalan ini mampu meroboh tembok taksub kepada UMNO di kalangan penyokong UMNO BN. Kepada YDP Pas Kawasan, blogmaster PAS Kawasan Raub yakin tuan sudah mempunyai perancangan yang tersusun untuk menguasai DUN Dong dan DUN Batu Talam. Kepada ahli-ahli PAS Kawasan Raub, kita perlu gembeling tenaga dan buah fikiran untuk mencapai tujuan tersebut.

Apa yang membanggakan blogmaster PAS Kawasan Raub, kita telah mandahului UMNO Bahagian Raub dengan kewujudan blog ini. Kita perlu memastikan kita lebih ke hadapan berbanding lawan kita. Penyampaian maklumat melalui media elektronik seperti ini amat perlu untuk merapatkan hubungan dengan golongan belia yang ana fikir telah menguasai kemahiran i.t. dan seterusnya menerangkan apakah peranan dan dasar sebenar PAS dalam arus politik semasa.

Apa yang blogmaster PAS Kawasan Raub harapkan ialah kesabaran yang tinggi pihak PAS Kawasan Raub untuk menambah seberapa ramai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat dari kalangan penyokong Barisan Nasional yang akan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 13. Kerjasama dengan PKR dan DAP amat perlu. Hanya kerjasama yang mantap akan merobohkan sikap bongkak BN di Raub. Amat manis jika PAS,PKR dan DAP di Raub melaksanakan aktiviti kemasyarakatan bersama-sama....

Salam perjuangan
dari
Blogmaster PAS Kawasan Raub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan