Selasa, 9 Jun 2009

ABAIKAN ISU-ISU YANG MURAHAN

Akhir-akhir ini pelbagai isu hadir menduga kecekalan barisan pimpinan PAS Pusat, Negeri, Kawasan dan Cawangan... Tempiasnya dirasai oleh semua penyokong Pakatan Rakyat. Isu-isu seperti persaingan kelompok ulama' dan profesional dan cadangan kerajaan perpaduan hangat diperkatakan oleh rakyat.

Allah SWT akan terus menguji hamba-hambaNya... Sebagaimana yang dijanjikanNya, dugaan akan sentiasa hadir untuk menguji kesabaran, ketabahan dan kecekalan hamba-hambaNya hingga ke akhir zaman. Dan janji itu adalah benar.

Untuk mencapai hasrat rakyat yang inginkan keadilan dan kesejahteraan secara menyeluruh, kita harus ketepikan isu-isu murahan sebegini. Relevan atau tidak isu-isu tersebut bergantung kepada sejauhmana akal yang dianugerah olehNya membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Matlamat dan objektif yang dicanangkan oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat harus dicapai tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang sememangnya menantikan Pakatan Rakyat melakukan kesilapan dan usaha gigih Pakatan Rakyat selama ini tidak kesampaian dan menemui kegagalan.

Jangan kita memikirkan kegembiraan yang hanya seketika, kita perlu memikirkan kegembiraan itu dinikmati untuk jangka masa yang panjang. Kegembiraan di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan