Jumaat, 29 Mei 2009

DARI BLOGMASTER PAS KAWASAN RAUB

Assalamualaikum w.b.k.,

Kewujudan blog PAS Kawasan Raub merupakan satu alternatif untuk warga Raub khasnya untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkenaan perkembangan politik semasa tanah air. Walaupun media perdana terutamanya melalui media cetak dan media elektronik telah memaparkan pelbagai urutan peristiwa yang berlaku di serata tanah air, malangnya masih terdapat kelompongan di dalam maklumat tersebut. Amalan berat sebelah terhadap pihak Pakatan Rakyat khususnya, telah menyekat keinginan rakyat terutamanya warga desa untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang sahih dan benar.

Kelahiran blog ini diharapkan akan membantu penyampaian maklumat yang tepat dan jitu ke pengetahuan warga Raub. Kepada pengunjung-pengunjung blog ini terutamanya yang sehati dan sejiwa dengan PAS Kawasan Raub dan Pakatan Rakyat yang melawat ke blog PAS Kawasan Raub, sampaikan maklumat secara lisan kepada ahli keluarga, saudara-mara, teman dan taulan, rodong-rodong dan kulaan-kulaan tentang maklumat yang diperolehi melalui blog ini. Kita perlu bersimpati kepada warga Raub yang tidak memiliki kemudahan maya seperti ini dan tanggungjawab kita menyampaikannya kepada mereka.

TAKBIR!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan