Rabu, 24 Jun 2009

Dijemput kepada semua rakyat Malaysia khususnya warga Raub beramai-ramai ke majlis perkongsian ilmu bersama Datuk A.Samad Said pada tarikh, masa dan tempat seperti yang tertera di atas. Dapatkan penerangan yang lebih jitu daripada Sasterawan Negara yang memperjuangkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Rabu, 10 Jun 2009

Aktiviti - Aktiviti PAS Kawasan Raub 2009

Aktiviti PAS Kawasan Raub ( Program Motivasi Oleh Pesuruh Jaya PAS Pahang) Pada 20 Hb Mei 2009 Bertempat di Pejabat Pemuda Pas Kawasan Raub telah diadakan Program Motivasi yang telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Yang kini menjawat jawatan Naib Presiden PAS Pusat. Kehadiran orang ramai amat mengalakkan yang mana PesuruhJaya memberi kata nasihat dan Motivasi beliau juga menjelaskan isu-isu semasa terutama Peristiwa dun Perak , Isu orang kafir membaca Quran dan menggunakan Al-Quran dalam hujah mereka serta melancarkan skim takaful berkelompok PAS Pahang .

Aktiviti Qiam Mullail Muslimat PAS Kawsan Raub

06/05/2009

- Kehadiran sangat -sangat menggalakkan …program ini dijalankan bersama puteri umno jeram besu

- Preogram bermula 6 ptg – 10 pg berikutnya

- Dipenuhi dengan akvititi bermakna

- Diharap program ini dijalankan lagi akan datang

PROJEK TANAMAN TEBU

PAS Kawasan Raub di bawah Majlis Tindakan DUN(MTD) Tras melaksanakan projek tanaman tebu di atas tanah seluas 3 ekar milik Tuan Haji Hamzah(Ahli seumur hidup PAS) yang terletak di Kampung Kuala Gali.

Menurut Mohd Fuad(Ketua Pemuda Raub bandar) merangkap Pengarah Projek berkenaan, objektif utama perlaksanaan projek ini adalah untuk menambah dana kewangan Dana MTD Tras. Dana ini berperanan sebagai sumber kepada MTD Tras untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti serta membantu PAS Kawasan Raub. Selain dari itu, ia bertujuan untuk merapatkan ukhwah sesama ahli PAS MTD Raub.

Sehubungan dengan itu, MTD Tras mengalu-alukan kepada ahli-ahli PAS Kawasan Raub memberi sokongan dan sumbangan untuk menjayakan projek ini. Sumbangan yang dimaksudkan bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit tetapi juga tenaga kerja yang amat diperlukan.

Selasa, 9 Jun 2009

ABAIKAN ISU-ISU YANG MURAHAN

Akhir-akhir ini pelbagai isu hadir menduga kecekalan barisan pimpinan PAS Pusat, Negeri, Kawasan dan Cawangan... Tempiasnya dirasai oleh semua penyokong Pakatan Rakyat. Isu-isu seperti persaingan kelompok ulama' dan profesional dan cadangan kerajaan perpaduan hangat diperkatakan oleh rakyat.

Allah SWT akan terus menguji hamba-hambaNya... Sebagaimana yang dijanjikanNya, dugaan akan sentiasa hadir untuk menguji kesabaran, ketabahan dan kecekalan hamba-hambaNya hingga ke akhir zaman. Dan janji itu adalah benar.

Untuk mencapai hasrat rakyat yang inginkan keadilan dan kesejahteraan secara menyeluruh, kita harus ketepikan isu-isu murahan sebegini. Relevan atau tidak isu-isu tersebut bergantung kepada sejauhmana akal yang dianugerah olehNya membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Matlamat dan objektif yang dicanangkan oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat harus dicapai tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang sememangnya menantikan Pakatan Rakyat melakukan kesilapan dan usaha gigih Pakatan Rakyat selama ini tidak kesampaian dan menemui kegagalan.

Jangan kita memikirkan kegembiraan yang hanya seketika, kita perlu memikirkan kegembiraan itu dinikmati untuk jangka masa yang panjang. Kegembiraan di dunia dan akhirat.

Selasa, 2 Jun 2009

BUMBUNG STADIUM ROBOH, SPRM SILA SIASAT

KUALA TERENGGANU, 2 Jun - Dewan Pemuda PAS Terengganu mendesak Menteri Besar, Dato' Ahmad Said memberikan penjelasan segera berhubung keruntuhan bumbung utama di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, kira-kira 15 kilometer dari sini yang berlaku pagi tadi .

Timbalan Ketuanya, Ustaz Wan Sukairi Abdullah dalam kenyataan awal kepada Harakahdaily melahirkan rasa terkejutnya di atas kejadian yang amat memalukan itu. Ia malah dianggap tidak sepatutnya berlaku memandangkan stadium bernilai lebih RM200 juta itu baru sahaja siap dibina lebih setahun lalu dan dikatakan masih dalam jaminan pihak kontraktor.

Stadium yang merupakan komponen utama Kompleks Sukan Negeri Terengganu itu baru siap dibina lebih setahun lalu. Ia pertama kali digunakan untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

Seluruh struktur bumbung yang memayungi tempat duduk utama di stadium itu dilaporkan runtuh. Kejadian itu disedari berlaku pagi Selasa, tanpa sebarang faktor semula jadi seperti ribut atau angin kencang.

"Fakta itu (ketiadaan ribut atau angin kencang) menyebabkan kita mengesyaki ia berpunca daripada kecuaian manusia. Apatah lagi sebelum ini pun sudah beberapa kes keruntuhan bangunan yang baru siap telah berlaku di negeri ini," kata Wan Sukairi.

Beliau dipercayai merujuk kepada beberapa kes serupa yang dilaporkan berlaku sebelum ini. Ia termasuklah dua kejadian berasingan melibatkan keruntuhan bumbung dewan besar sebuah sekolah menengah dan siling dalam kelas di sebuah sekolah di Marang.

Turut dilaporkan juga sebelum ini, beberapa struktur dalaman Bazar Warisan di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu yang baru siap tidak sampai setahun turut rosak dan runtuh.

Sehubungan itu, Wan Sukairi tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan, sehingga menyebabkan keruntuhan bumbungnya itu.

"Bagi mana-mana projek sebesar itu (pembinaan stadium), setiap 'progress' mesti diperiksa dan disahkan lulus oleh pihak yang bertanggungjawab. Kalau semuanya dibina mengikut spesifikasi, mana mungkin ianya runtuh?," soalnya.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuka kertas siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian, terutama sebarang kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah dan penyelewengan sepanjang pembinaan stadium tersebut.

Menurut Wan Sukairi, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

(Harakahdaily)

Isnin, 1 Jun 2009

SEDIKIT RENUNGAN....

Kepada ahli-ahli PAS Kawasan Raub, perjuangan bukan sekadar mencerca dan memaki hamun pihak lawan. Sebaik-baik tindakan ialah mendekati masyarakat dan mengadakan aktiviti kemasyarakatan. Blogmaster PAS Kawasan Raub melihat amalan ini mampu meroboh tembok taksub kepada UMNO di kalangan penyokong UMNO BN. Kepada YDP Pas Kawasan, blogmaster PAS Kawasan Raub yakin tuan sudah mempunyai perancangan yang tersusun untuk menguasai DUN Dong dan DUN Batu Talam. Kepada ahli-ahli PAS Kawasan Raub, kita perlu gembeling tenaga dan buah fikiran untuk mencapai tujuan tersebut.

Apa yang membanggakan blogmaster PAS Kawasan Raub, kita telah mandahului UMNO Bahagian Raub dengan kewujudan blog ini. Kita perlu memastikan kita lebih ke hadapan berbanding lawan kita. Penyampaian maklumat melalui media elektronik seperti ini amat perlu untuk merapatkan hubungan dengan golongan belia yang ana fikir telah menguasai kemahiran i.t. dan seterusnya menerangkan apakah peranan dan dasar sebenar PAS dalam arus politik semasa.

Apa yang blogmaster PAS Kawasan Raub harapkan ialah kesabaran yang tinggi pihak PAS Kawasan Raub untuk menambah seberapa ramai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat dari kalangan penyokong Barisan Nasional yang akan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 13. Kerjasama dengan PKR dan DAP amat perlu. Hanya kerjasama yang mantap akan merobohkan sikap bongkak BN di Raub. Amat manis jika PAS,PKR dan DAP di Raub melaksanakan aktiviti kemasyarakatan bersama-sama....

Salam perjuangan
dari
Blogmaster PAS Kawasan Raub